Bacaan Ayat Seribu Dinar dan Artinya | Surat Ath-Thalaq Ayat 2 dan 3

Advertisement
Bacaan Ayat Seribu Dinar dan Artinya - Surah At-Talaq ayat 2-3 atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengaruniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Ayat seribu dinar secara tersurat memang secara terang-terangan menceritakan tentang keterkaitan antara rezeki dan pertolongan Allah dengan takwa. Isi ayat Ath-Thalaq : 2-3 adalah sebagai berikut : 
 
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ

شَيْءٍ قَدْرًا (3)

Berikut ini kami sajikan Bacaan Ayat Seribu Dinar dan Artinya
Wa man yattaqillaha yaj’al lahu makhrojaa,wayarzuqhu min haitsu laa yahtasiib. Wa man yatawakkal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.Innallaha balighu amrihi,Qod ja’alallahu likulli syaii-in Qodroo. ( At-Thalaq ayat 2-3 )

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)
 
Ayat 2 - 3, Surah At-Thalaq ini lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar.’‎ Ayat-ayat ini merupakan amalan yang berkaitan dengan pemeliharaan Allah ketika menghadapi kemelut kehidupan dan kurniaan rezeki dariNya.
Advertisement

Subscribe to receive free email updates: